Selamat datang ke program Coca-Cola Komuniti Usahawan, yang menyatukan komuniti usahawan bagi mempersiapkan diri dengan latihan keusahawanan serta sokongan, dan seterusnya berkembang maju dalam perniagaan sekali gus menjana keuntungan yang lebih besar.

Program ini ditujukan khusus kepada semua peruncit di Malaysia terutama sekali para peruncit wanita. Ini kerana ia merupakan sebahagian dari matlamat program global The Coca-Cola Company, “5by20”, yang bertujuan untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang tahun 2020.

Mengapa wanita? Wanita adalah tunggak masyarakat kerana mereka melaburkan sebahagian besar dari wang pendapatan mereka pada kesihatan dan pendidikan anak-anak serta ekonomi tempatan, lantas mewujudkan impak ekonomi yang besar kepada negara. Kami percaya bahawa dengan mencungkil potensi yang ada, ianya dapat membantu memajukan ekonomi keluarga dan masyarakat.

Wanita juga mewakili sebahagian besar dari rangkaian pengedaran kami di seluruh dunia. Coca-Cola Malaysia melihat nilai dalam diri mereka yang menyumbang ke arah kejayaan bersama. Kami mahu memastikan bahawa kejayaan kami ini seiringan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

Melalui program 5by20 dan Coca-Cola Komuniti Usahawan, kami berharap dapat membantu menaikkan taraf ekonomi dan daya saing yang sihat di dalam perniagaan. Ayuh sertai kami dalam perjalanan ini.

Yang ikhlas,

Barry O’Connell
Ketua Pegawai Eksekutif, Bottling Investment Group,
Malaysia, Singapura & Brunei

Menu